`` Bunga, nak kemana tu?” tanya Tuan Brendon bila melihat anak kecil itu melangkah ke arah dapur.
`` Nak minta nek Tom masak. Kesian Abel. Dia lapar.” Tuan Brendon tersenyum mendengar jawapan anaknya itu. Setelah siap memasak, nek Tom membawa dulang yang berisi makanan ke dalam bilik yang diduduki oleh Abel Ryu. Bunga mengikut di belakang. Dia memegang dulang gelas minuman. Beria-ia dia nak makan dengan Abel Ryu.
`` Abel, bangun. Jom makan.” Gerak Bunga Katherine. Tubuh budak lelaki itu digoncangnya lembut. Perlahan-lahan Abel Ryu bangun dan duduk bersila di atas katil. Bunga Katherine dengan selamba naik ke atas katil dan duduk bersila di hadapan Abel Ryu.dulang makanan berada di tengah-tengah antara mereka berdua.
`` Jom makan. Bunga dah lapar ni.” Ujarnya. Dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Abel Ryu mengikut perlakuan Bunga Katherine. Dia menyuapkan nasi perlahan-lahan ke dalam mulutnya.
`` Nah, ambil ayam goreng ni. Sedap. Nek Tom memang pandai masak.” Katanya lalu meletakkan seketul ayam goreng di dalam pinggan Abel Ryu.
`` Terima kasih.”
`` Welcome. Nek Tom, nek Tom dah makan ke?” tanya Bunga Katherine. Pembantu rumahnya itu tersenyum mendengar pertanyaan anak kecil itu.
`` Sudah. Bunga makan kenyang-kenyang tau. Abel pun. Nek Tom nak ke dapur kejap.” Nek Tom melangkah keluar dari bilik itu. Perlakuan anak majikannya itu sangat menyenangkan hati tuanya.
`` Bunga... Bunga...” Tuan Brendon memanggil anak perempuannya itu. Abel Ryu berhenti menyuap bila mendengar suara panggilan Tuan Brendon.
`` Papa, Bunga kat sini. Makan dengan Abel.” Sahutnya. Tuan Brendon melangkah masuk ke dalam bilik tetamu itu.
`` Bunga ganggu Abel ya?”
`` Mana ada. Bunga teman Abel makan.”
Tuan Brendon tersenyum mendengar jawapan dari anaknya. “ Abel makan kenyang-kenyang ya. Lepas tu, makan ubat ni. Lepas makan ubat, Abel berehat tau. Bunga, jangan ganggu Abel kalau dia berehat.” Pesan Tuan Brendon pada Abel Ryu sekaligus berpesan kepada Bunga Katherine.
`` Uncle, terima kasih sebab tolong saya. Saya dah menyusahkan uncle sekeluarga.” Ucap Abel Ryu perlahan. Tuan Brendon merenung ke dalam anak mata Abel Ryu. Tiada sinar pada anak mata itu. Tuan Brendon tahu yang anak kecil itu mungkin pernah melalui satu jalan yang sukar sehingga hilang sinar pada mata bundar itu.
`` Tak apa. Kali ni Abel susah, uncle tolong. Nanti, uncle susah Abel pula tolong. Buat masa ni, Abel tinggal dulu dengan uncle. Nanti uncle akan uruskan apa-apa yang berkaitan dengan Abel, ya.” Anak kecil itu hanya menganggukkan kepalanya.
`` Ala, papa ni. Sudahlah bercakap tu. Orang nak makan ni. Tengok, Abel susah nak makan bila papa bercakap.” Rungut Bunga Katherine. Tuan Brendon tersenyum kecil.
`` Ooo... Bunga dah dapat kawan baru, Bunga lupa ngan papa ya.” Tuan Brendon pura-pura merajuk.
`` Mana ada. Bunga tetap sayang papa.” Pujuk anak kecil itu.
`` Oklah.. Papa nak keluar kejap, Bunga tinggal dengan Abel ya. Nanti papa balik kita pergi jalan-jalan. Shopping.”
`` Ok papa. Set. Bye papa. Love you.” Laju saja mulut kecil itu menyusun kata. Tuan Brendon keluar dari bilik itu setelah membalas ucapan dari Bunga Katherine.
Setelah sebulan tinggal dengan keluarga Tuan Brendon, Abel Ryu diambil oleh Dr. Stanley sebagai anak angkat. Segala urusan persekolahan Abel Ryu diuruskan oleh Dr. Stanley. Dia sangat tertarik dengan perwatakkan budak yang bernama Abel Ryu. Bersikap tegas walaupun berlembut. Bunga Katherine pula menjadi rapat dengan Abel Ryu. Kemana sahaja, mesti ada Abel Ryu. Seringkali hubungan mereka dipertikaikan oleh orang sekeliling, namun Bunga adalah Bunga dan Abel adalah Abel.