Sesampai di rumah, Bunga Katherine membersihkan diri. Setelah itu, dia duduk di atas katil bujangnya sambil melihat maklumat-malumat yang terkumpul tentang kes petang tadi. Kepingan kertas yang dia jumpa di dalam genggaman mangsa dilihat kembali.
`` Apa makna MONA ni?” dia berbisik sendiri. Dia tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai nota yang tertulis itu. Dia sudah bertanya dengan ahli keluarga mangsa, sama ada mereka kenal siapa MONA dalam hidup mangsa, tapi tiada seorang pun yang tahu. Dia mengeluh perlahan. Akhirnya dia tertidur di atas katil itu.
Sementara itu, di satu tempat lain, di dalam bilik yang hanya disinari cahaya lilin, kelihatan satu susuk tubuh manusia yang sedang berhadapan dengan beberapa keping gambar yang terlekat di atas dinding bilik itu. Tangannya memegang sebilah pisau kecil yang runcing. Dibalingnya pisau itu, tepat mengenai gambar seorang perempuan yang berusia hampir setengah baya. Bila matanya terpandang gambar yang berada disebelah gambar perempuan itu, senyuman puas terukir dibibirnya. Ketawanya dari perlahan kepada ketawa yang sepenuh hati. Teringat bagaimana indahnya hasil tangan yang dia lakukan kepada lelaki tua itu.
`` Kau pula yang seterusnya.” Ujarnya keras sambil telunjuknya menuding ke arah gambar perempuan tadi. Dia berlalu meninggalkan bilik tersebut. Setelah pasti bilik itu dikunci, dia melangkah ke arah anak tangga dan naik ke tingkat atas.
***********************************************
`` Papa, ada budak pengsan depan rumah kita.” Bunga Katherine berlari mendapatkan orang tuanya. Tuan Brendon memandang ke arah anak perempuannya itu.
`` Di mana Bunga? Mari tunjukkan kat papa.” Segera jemari kecil anak itu digenggamnya. Langkahnya diaturkan mengikut langkah Bunga Katherine. Sebatang tubuh anak kecil terkulai layu di tembok pagar rumahnya. Segera tubuh itu diangkatnya dan dibawa masuk ke dalam rumah.
`` Papa, kenapa dengan dia ni?” bibir mungil itu bertanya lagi.
`` Entahlah. Papa pun tak tahu. Bunga pergi suruh nek Tom panggilkan doktor. Pergi cepat.” Dia menggesa anaknya. Bunga Katherine berlari-lari anak mendapatkan pembantu rumah mereka. Jelas kedengaran suaranya menyampaikan pesanan papanya kepada nek Tom. Setelah itu, sekali lagi dia berlari ke tempat papanya.
`` Papa, Bunga dah bagitau dah kat nek Tom. Dia ni tak apa-apa ke papa?” Tuan Brendon tersenyum kecil.
`` Tak ada apa-apa sayang. Nanti kejap lagi dia bangun.” Ujarnya menenangkan hati Bunga Katherine.
`` Papa. Cantiklah colour rambut dia. hitam. Bersinar lagi tu.” Bunga Katherine bermain-main dengan rambut budak itu. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi loceng didepan. Menandakan ada orang di luar rumah. segera Tuan Brendon membuka pintu rumahnya.
`` Baguslah kau dah datang. Ni, kau tolong periksa budak ni. Risau pula aku. Dia pengsan depan rumah aku tadi.” Katanya kepada teman baiknya merangkap doktor peribadi keluarganya.
`` Uncle Stan. Cepat uncle, kesian dia.” becok mulut Bunga Katherine menyuruh Dr. Stanley memeriksa budak lelaki yang mungkin sebaya dengannya itu. Dr. Stanley tersenyum mendengar permintaan anak keci itu.
`` Ok. Kalau begitu, Bunga tepi sikit. Biar uncle periksa budak ni. Ni boyfriend Bunga ya?” usik Dr. Stanley.
`` Mana ada. Bukanlah uncle. Bunga baru kenal pun.” Memuncung mulut anak kecil itu menjawab pertanyaan Dr. Stanley. Tuan Brendo dan sahabatnya itu ketawa melihat keletah Bunga Katherine.
`` Dia tak apa-apa. Cuma demam panas saja. Dan badannya kekurangan air. Nanti aku masukkan air dalam badan dia. Tapi kena bersihkan dulu budak ni.” Tuan Brendon menganggukkan kepalanya. Dia mengangkat tubuh kecil itu masuk ke dalam bilik tetamu. Dipanggilnya pembantu rumahnya untuk menyediakan kain lap badan. Setelah selesai membersihkan badan budak itu, Dr, Stanley memasukkan satu jarum kecil di lengan budak lelaki itu. Kemudian dia menggantungkan satu pin air yang disambungkan dengan jarum berkenaan di tepi katil budak lelaki itu.
`` Uncle Stan, kenapa cucuk dia macam tu? Kesian dia?”
`` Itu untuk bagi dia sembuh, sayang. Nanti kalau air ni dah habis, kawan baru Bunga ni akan sihat macam selalu.” Terang Dr. Stanley dengan sabar. Anak sahabatnya itu memang selalu menimbulkan persoalan jika dia tidak memahami apa yang berlaku. Kelihatan tangan budak itu bergerak-gerak. Bunga Katherine terus mendekatkan wajahnya ke wajah budak itu. Perlahan-lahan mata budak itu terbuka. Langsung dia terbangun dari pembaringan kerana terkejut melihat wajah Bunga Katherine yang terlalu dekat dengan wajahnya.
`` Awak jangan bangun. Awak sakit lagi tu.” Bunga Katherine menolak bahu budak lelaki itu supaya berbaring kembali. Wajah yang terkejut itu kini terpana kehairanan. Dia memandang sekeliling bilik itu. Pandangannya kemudian jatuh kepada susuk tubuh yang memakai baju berwarna putih.
`` Oh, kamu dah bangun ya. Tadi kamu pengsan di depan rumah sahabat saya ni.” Terang Dr, Stanley. Tuan Brendon masuk.
`` Bunga, kenapa ganggu dia? dah, mari sini.” Panggilnya. Bunga Katherine berlari mendapatkan papanya.
`` Nama kamu siapa? Kenapa boleh pengsan di depan rumah uncle? Keluarga kamu mana?”
`` Abel. Abel Ryu. Saya yatim piatu. Saya pengsan mungkin sebab saya kelaparan.” Sahut budak lelaki itu. Bunga Katherine kembali ke tepi katil yang menempatkan Abel Ryu.
`` Abel, kamu lapar ya?” dia bertanya lembut. Abel Ryu sekadar menganggukkan kepalanya.
`` Kejap lagi kita makan ya. Nanti Bunga suruh nek Tom masak untuk kita.” Sekali lagi Abel Ryu mengangguk. Tuan Brendon dan Dr. Stanley tersenyum melihat adegan itu. Bunga Katherine anak yang sangat unik. Bukan semua orang yang boleh rapat dan bergaul mesra dengannya. Tapi, kadang-kadang cepat sahaja dia mesra dengan orang yang baru dia kenal. Setelah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang harus dibeli, Dr. Stanley pamitan untuk balik.
`` Uncle Stan, nanti datang lagi ya. Bunga nak main dengan uncle. Dan uncle... jangan lupa bawa hadiah untuk Bunga.” Itulah dia anak Tuan Brendon. Mudah sahaja dia meminta dari sahabat ayahnya itu. Tuan Brendon tersenyum mendengar permintaan anak perempuannya itu.
`` Bankrup lah uncle kalau hari-hari uncle datang bawa hadiah untuk Bunga.” Usik Dr. Stanley sambil mengusap lembut kepala anak kecil itu. Dia tidak berkira dengan anak sahabatnya itu, kerna dia sendiri rindukan kehadiran seorang anak.
`` Alah, kalau uncle tak sayang Bunga, uncle nak sayang siapa lagi?” pandai Bunga Katherine bermain kata. Tak padan dengan umurnya yang baru mencecah 7 tahun.
`` Iya. Nanti uncle belikan hadiah. Bunga jangan nakal-nakal tau.” Pesannya. Anak kecil itu menganggukkan kepalanya.
`` Kau janganlah manjakan sangat budak tu. Nanti kau tak terlayan kerenah dia.” kata Tuan Brendon sambil menepuk kecil bahu sahabatnya itu.
`` Tahulah aku. Sekali-sekala aku manjakan dia. lagipun, hanya dia boleh tempat aku menumpang kasih seorang anak.” Setelah bersalaman dengan Tuan Brendon dan mencium pipi anak kecil itu, Dr. Stanley terus menuju ke arah keretanya. Dia memandu keretanya keluar dari pengkarangan ruman Tuan Brendon.