Tuesday, September 11, 2012

15


Sesampai di lokasi kejadian, Bunga Katherine pantas menunjukkan kad kuasanya kepada pemilik hotel tersebut. `` Hyeon, kau pergi soal siasat saksi yang membuat panggilan telefon tadi. Aku nak pergi tengok keadaan mayat tu. Nanti kalau kau dah selesai, kau join aku. Detektif, saya nak awak berdua tengok rakaman litar tertutup. Perhatikan betul-betul.” Bunga Katherine memberi arahan kepada rakan setugasnya.

            `` Baik puan.” Dengan pantas kedua-dua detektif berkenaan turun ke tingkat bawah hotel. Bunga Katherine masuk ke dalam bilik hotel tersebut. Kalau diperhatikan, memang bilik hotel berkenaan dikategorikan sebagai mewah. Bunga Katherine berjalan ke arah katil yang menempatkan mayat mangsa. `` Oh my God.” Bisik Bunga Katherine kecil. Keadaan mayat itu memang mengerikan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seksanya mangsa tersebut. Badan terpotong dua. Bahagian mulut mangsa ditoreh sampai ke telinga. Kelihatannya mangsa itu seperti tersenyum. Senyum yang mengerikan. Di sebelah mayat mangsa terdapat sekuntum mawar merah. Teringat Bunga Katherine akan kes Datuk Omar. Apakah ini juga kerja pembunuh yang sama? Berlegar-legar persoalan itu di minda Bunga Katherine.

            `` Bila anggaran masa kematian?” tanya Bunga Katherine kepada pegawai yang berhampiran.

            `` Mangsa meninggal kira-kira 3 jam yang lepas. Mangsa meninggal akibat torehan di bahagian leher.”
            `` Ok, terima kasih. Saya nak awak hantar bunga mawar ni kepada forensik. Cuba cari kalau-kalau ada cap jari suspek.” Arah Bunga Katherine.

            `` Baik puan.” Bunga Katherine terus meneliti mangsa. Tiba-tiba matanya terpandang kertas di genggaman tangan mangsa. Bunga Katherine mengambil kertas berkenaan. BLACK DAHLIA. `` Black Dahlia? Siapa Black Dahlia ni? Kalau betul Black Dahlia adalah identiti pembunuh, maka pembunuh Datuk Omar adalah orang lain.” Bisik Bunga Katherine kecil.

            Manakala, di ruang tamu bilik itu Hyeon Rene sedang menyoal siasat Datin Wong dan juga Jeremie. Datin Wong menjeling manja Hyeon Rene. Hyeon Rene tidak mengendahkan jelingan datin itu.

            `` Kira-kira pukul berapa datin sampai ke hotel ini?” tanya Hyeon Rene.

            `` Dalam pukul 11.30 malam.”

            `` Sebelum ini datin berada dimana?”

            `` Melayang ke bulan. With this wonderful man.” Matanya beralih ke arah Jeremie. Jeremie tersenyum. Hyeon Rene turut memandang ke arah Jeremie.

            `` Dimana?” kali ini pertanyaan dituju kepada Jeremie. Dengan nada yang tegas.

            `` Paradise Hotel.” Jawab Jeremie. Sepertinya lelaki itu tidak mengendahkan langsung maruahnya. Hyeon Rene mencatatkan setiap maklumat yang diberikan di dalam buku nota kecil yang berwarna hitam. Kelihatan jari Datin Wong mula merayap di pangkal peha Jeremie. Jeremie tidak pula membantah. Hyeon Rene yang perasan akan adegan tersebut. Dia berdehem kecil. Spontan tangan Datin Wong berhenti merayap.

            `` Baiklah, nanti kalau ada apa-apa lagi yang pihak polis perlukan, kami akan berhubung dengan datin dan encik Jeremie. Sekarang dah tak ada apa-apa. Datin berdua boleh balik.” Ujar Hyeon Rene. Datin Wong melirik manja ke arah Hyeon Rene. Hyeon Rene perasan akan lirikan datin tersebut. Namun di buat-buat tidak nampak.
            Datin Wong mengambil beg tangan di sebelahnya lalu bangun. “ Nanti kalau ada apa-apa yang you nak tahu, you boleh hubungi I bila-bila masa. Ini kad nama I.” Ujarnya lalu menghulurkan sekeping kad kepada Hyeon Rene. Hyeon Rene menyambut huluran Datin Wong sambil menghadiahkan sebuah senyuman kecil. Untuk mencukupkan syarat. Tangannya digenggam erat oleh Datin Wong. Cepat-cepat Hyeon Rene menarik tangannya dari genggaman Datin Wong. Senyuman di bibirnya mati tatkala itu.
            `` Kami balik dulu inspektor.” Ujar Jeremie lalu menarik tangan Datin Wong. Datin Wong menoleh sejenak ke arah Hyeon Rene sebelum masuk ke dalam lift. Namun dia hampa bila Hyeon Rene tidak menoleh ke belakang.

            Hyeon Rene melepaskan keluhan kecil. Teringat dia akan perlakuan Dati Wong. Dia tahu, wanita itu ingin memikatnya. Macam-macam karenah orang zaman sekarang. Bisik hati kecilnya. Dia kemudiannya lantas masuk semula ke dalam bilik hotel tersebut. Hyeon Rene mendapatkan Bunga Katherine. Sekali lagi dia meneliti mayat yang terbaring di atas katil itu. begitu juga dengan Bunga Katherine. Kalau diperhatikan betul-betul, keadaan mayat mangsa sangat mengerikan. Kalau ada yang lemah semangat, jangan sesekali cuba untuk melihat keadaan mayat mangsa sekarang ni.

            `` Dapat apa-apa maklumat tak?” tanya Bunga Katherine setelah dia selesai meneliti mayat mangsa.

            `` Buat masa ini, belum lagi. Aku dah soal siasat saksi, namun mereka tidak tahu apa yang berlaku. Mereka ke sini pun sebab mangsa tidak menjawab panggilan daripada saksi.” Sahut Hyeon Rene.

            `` Kau rasa, kes pembunuhan ini ada kaitan tak dengan kematian Dato’ Omar?” tanya Bunga Katherine lagi.

            `` Kalau tengok cara pembunuhan, kemungkinan besar berkaitan. Kedua-dua pembunuhan dilakukan dengan kejam. Dan terdapat juga bunga mawar seperti kes yang sebelumnya. Cuma, kepingan nota yang berlainan. Kita kena cari apa makna sebenar nota tersebut.” Hujah Hyeon Rene. Bunga Katherine mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Hyeon Rene. Apa yang diucapkan oleh pemuda itu ada juga kebenarannya. Walaupun cara pembunuhan tak sama, tapi jenis pembunuhan kedua-dua kes tersebut adalah sama. Pembunuhan kejam. Bunga mawar yang dijadikan oleh pembunuh sebagai lambang pembunuhan juga sama.

            Sedang kedua-dua rakan itu berbincang, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki separuh abad menerjah masuk ke dalam bilik hotel berkenaan. Tindakannya itu tidak mampu untuk dihalang oleh anak-anak buah Bunga Katherine dan juga Hyeon Rene.

            `` Maaf encik, encik tak boleh masuk ke sini.” Larang detektif yang bertugas. Dipandangnya sejenak wajah detektif itu.

            `` Panggil aku Tan Sri. Aku ni Tan Sri Ahmad. Mana ketua kamu?” tanya Tan Sri Ahmad kasar.

            `` Maaf Tan Sri...” ujar detektif berkenaan.

            `` Saya ketua di sini. Ada apa yang boleh saya bantu Tan Sri?” tanya Bunga Katherine, sebelum sempat detektif tersebut menjawab apa yang ditanyakan oleh Tan Sri Ahmad. Mengecil mata lelaki itu memandang wajah Bunga Katherine. Bunga Katherine memberi isyarat keluar kepada orang bawahannya itu. Perlahan-lahan detektif itu keluar dari bilik berkenaan.

            `` Mana mayat isteri saya?’’ mendatar sahaja bunyi suara Tan Sri Ahmad bertanya. Langsung tidak menunjukkan yang dia risau. Bunga Katherine menghantar pandangannya ke arah katil seraya memberitahu lelaki berkenaan bahawa mayat isterinya berada di situ. Hyeon Rene hanya menyaksikan sahabatnya itu. Tan Sri Ahmad berjalan menuju ke arah katil yang menempatkan mayat isterinya, Puan Sri Salmie.

            Diselaknya kain yang menutup mayat isterinya. Bunga Katherine terkejut bila melihat riak wajah lelaki separuh abad itu. Kelihatan senyuman sinis meniti bibir lelaki itu. Apa yang menyebabkan lelaki itu tersenyum begitu? Bunga Katherine kurang jelas dengan sikap yang ditonjolkan oleh lelaki itu.
            Kain menutup mayat itu kembali kepada kedudukan yang tadinya. Hyeon Rene dan Bunga Katherine saling berpandangan. Melalui lirikan mata sahabatnya itu, Hyeon Rene tahu yang sahabatnya ingin bertanya kenapa perangai lelaki itu seperti itu. Hyeon Rene hanya menjungkitkan bahunya. Tanda tidak tahu.
            `` Padan muka. Perempuan sundal macam ni memang patut mati.” Bukan main terkejut lagi Bunga Katherine dan Hyeon Rene bila mendengar apa yang dikatakan oleh Tan Sri Ahmad. Bunga Katherine merenung muka lelaki tersebut.

            `` Kenapa awak pandang saya macam tu? Betul apa yang saya kata. Memang padan muka dia. Awak ingat apa yang seorang perempuan buat di hotel dalam keadaan begini, tambah-tambah lagi sudah bersuami? Maksiat. Apa lagi. Bukan ke namanya itu perempuan sundal.” Keras dan mendatar saja perkataan yang keluar dari mulut lelaki berkenaan.

            `` Saya tak tahu apa masalah antara Tan Sri dengan isteri Tan Sri. Tapi saya minta kerjasama Tan Sri untuk membantu dalam siasatan. Tan Sri diminta ke ibu pejabat polis sekarang untuk membantu siasatan. Detektif saya akan mengiringi Tan Sri ke sana.’’ Ujar Bunga Katherine. Berubah masam riak wajah Tan Sri Ahmad. Ternyata dia tidak senang dengan apa yang dikatakan oleh inspektor wanita itu.

            `` Kenapa pula saya perlu ke sana?’ tanyanya kasar.

            `` Itu prosedur biasa Tan Sri. Kami tak akan ambil masa yang lama. Harap Tan Sri boleh beri kerjasama dengan pihak polis.’’ Kali ini Hyeon Rene yang menjawab bagi pihak Bunga Katherine. Dipandangnya sekejap wajah kedua-dua inspektor itu.

            `` Saya akan pergi. Tapi saya nak tunggu peguam saya dulu. Benda-benda macam ni, saya kena minta tolong peguam saya. Mana tahu pihak polis nak perangkap saya.” Ujarnya angkuh.

            `` As you wish. Tan Sri boleh tunggu peguam Tan Sri. Nanti saya minta detektif saya iringi Tan Sri. Sekarang Tan Sri tolong tunggu di luar.” Kali ini kedengaran suara Bunga Katherine agak tegas. Mungkin dia dah mula muak dengan perangai Tan Sri Ahmad yang berlagak bagus itu. Hyeon Rene menepuk lembut bahu sahabatnya itu. Tan Sri Ahmad menunggu di luar bilik tersebut seperti yang diarahkan oleh Bunga Katherine.

            `` Aku tak faham betul dengan orang tua tu. Berlagak habis. Sudah tu, boleh dia tunjuk muka selamba bila tengok mayat isteri dia ni.’’ Ujar Bunga Katherine sambil tangannya menunjuk ke arah mayat. Ternyata dia masih tidak berpuas hati dengan sikap Tan Sri Ahmad itu. Hyeon Rene tersenyum mendengar rungutan sahabatnya itu.

            `` Biasalah tu. Orang berpangkat ni memang style dia pelik sikit. Ada yang baik ada juga yang mengada-ngada.” Ujar Hyeon Rene. Bunga Katherine hanya menjungitkan bahunya. Dia kemudian keluar dari bilik berkenaan.

            `` Minta pihak forensik siapkan laporan secepat mungkin.” Arahnya pada salah seorang anak buahnya.

            `` Baik puan.” Bunga Katherine berjalan menuju ke arah lift. Hyeon Rene mengikut dari belakang.

            `` Lepas ni nak kemana?” tanya Hyeon Rene. Pintu lift terbka. Bunga Katherine melangkah masuk. Diikuti oleh Hyeon Rene.

            `` Balik ibu pejabat.” Sahut Bunga Katherine ringkas. Nyata mood wanita itu tidak berapa bagus. Hyeon Rene tahu, semakin banyak kes yang berlaku, semakin susah untuk dirungkaikan. Tambah-tambah lagi kalau kes itu adalah kes pembunuhan bersiri. Semuanya akan menjadi kelam kabut kalau tidak diuruskan dengan baik.

14


`` Kenapa you lambat sampai?” tanya Puan Sri Salmie. Namun pemuda dihadapannya hanya memandang kosong wajah wanita separuh abad itu. Perlahan dia menghulurkan setangkai mawar merah kepada wanita itu. Puan Sri Salmie tersenyum lalu mengambil kuntuman bunga mawar itu.

            `` Pandai you ambil hati I.” Perlahan dia meraba lengan pemuda di hadapannya itu. Pemuda itu mengambil semula kuntuman bunga mawar dari tangan Puan Sri Salmie. Bunga mawar itu dinarikan di seluruh wajah wanita itu. Puan Sri Salmie memejamkan matanya. Menikmati setiap belaian dari pemuda berkenaan.

            Senyuman sinis meniti bibir pemuda berkenaan. Sinar matanya menunjukkan perasaan dendam yang sangat mendalam. Perlahan dibaringkannya tubuh wanita berkenaan. Wanita yang ketandusan itu hanya mengikut sahaja rentak pemuda berkenaan. Sesekali kedengaran rintihan kecil yang keluar dari mulut wanita berkenaan. Perlahan pemuda itu mengeluarkan sebilah pisau yng kelihatan sangat tajam.

            `` Hari ini hari pengadilanmu.” Usai berkata begitu, pisau ditangannya terus menari di leher jenjang wanita separuh abad itu. Wanita itu menggelupar kesakitan. Beberapa saat kemudian, nafas terpisah dari jasad. Dengan rakus pemuda itu menorehkan pisau di seluruh tubuh wanita berkenaan. Dia mengeluarkan sebilah kapak dari dalam almari. Dengan beberapa kali hayunan, tubuh wanita itu terpisah dua. Pemuda itu ketawa kepuasan. 

            Manakala di bilik hotel penginapan Datin Wong, adegen-adegen hebat sedang berlangsung. Namun, terganggu dengan bunyi deringan telefon bimbit milik wanita berkenaan. Sekali lagi Datin Wong mengeluh perlahan kerana gangguan tersebut.

            `` Hello,” ujarnya setelah mengatur nafas.

            `` Hai datin. Can you tell your friend, I cant make it tonight. I kena serang tadi. Sekarang I kat hospital.” Ujar suara di talian sebelah.

            `` Andrian, are you sure?  Salmie told me, you already arrived.”

            `` What? It’s not me datin. I’m so sure. Now i’m at hospital. Since 09.00pm.” Datin Wong bangun dari pembaringannya. Dia jadi pelik sendiri. Habis siapa yang bersama dengan Puan Sri Salmie sekarang?

            `` It’s ok. I’ll call her. Take a good care of yourself. Bye.” Datin Wong terus mendail nombor telefon bimbit Puan Sri Salmie. Tiada jawapan di talian sebelah sana.

            `` Darling, enough for tonight. I nak cari your lady.” Datin Wong bangun lalu masuk ke bilik air. Keluar dai bilik air, dia sudah lengkap berpakaian. Begitu juga dengan pemuda tersebut.

            `` I temankan you cari dia.” ujarnya lalu mencapai kunci kereta dan kunci bilik yang terletak di atas meja sebelah katil. Datin Wong tersenyum lalu memeluk lengan pemuda berkenaan. Setelah selesai urusan di kaunter hotel berkenaan mereka berdua terus menuju ke arah tempat letak kereta. Datin Wong memandu kereta. Dia tahu dimana temannya itu selalu membawa anak ikannya untuk berasmara dana.

            “ Boleh saya tahu, Puan Sri Salmie menginap di bilik mana?” tanya Datin Wong. Penjaga kaunter itu tersenyum. Dia kenal benar dengan mak datin yang seorang ni. Selalu bersama-sama dengan Puan Sri Salmie.

            `` Puan Sri di bilik AA27, datin.” Sahut pekerja di situ.

            `` Ok. Thank you.” Datin Wong terus melangkah ke arah lif. Diikuti oleh Jeremie. Sesampai saja di depan bilik penginapan Puan Sri Salmie, Datin Wong terus mengetuk pintu bilik berkenaan. Setelah agak lama berdiri di depan pintu bilik itu, Datin Wong cuba membuka pintu berkenaan.

            `` Eh, kenapa pintu ni tak berkunci?” tanyanya pada Jeremie.

            `` Entahlah darling. Jom masuk.” Jeremie membiarkan Datin Wong masuk terlebih dahulu.

            `` Thank you honey.” Datin wong masuk ke ruang bilik berkenaan. Matanya meliar mencari kelibat Puan Sri Salmie. Alah, kalau dah masuk bilik ni, mana lagi dia nak berada kalau tak atas katil. Fikir Datin wong. Pantas kakinya mengatur langkah ke arah satu sudut dimana terletaknya sebuah katil queen saiz.

            Lantas matanya melihat ke arah katil. Melopong mulut Datin Wong bila melihat apa yang ada di atas katil berkenaan. `` Arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!” dia menjerit. Jeremie lantas berlari ke arah Datin Wong. `` What happen? Why are you...” tidak habis ayat yang ingin ditanyakan oleh Jeremie kepada Datin Wong apabila matanya terlihat sekujur mayat di atas katil berkenaan. Keadaan mayat amat mengerikan. Badannya dipotong dua. Keadaan mayat separuh bogel.

            `` What the hell is it?” pantas Jeremie mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail number kecemasan. Setelah memberitahu lokasi kejadian, Jeremie menutup telefon bimbitnya.

            `` Come darling. Kita tunggu di luar. Kejap lagi pihak polis akan sampai.” Ujarnya lalu menarik lembut tangan Datin Wong. Datin Wong hanya menurut langkah Jeremie. Wajahnya jelas kelihatan pucat. Mungkin pertama kali melihat kejadian seumpama itu. Begitu juga dengan Jeremie.

Sunday, February 12, 2012

13

Abel Ryu melangkah masuk ke dalam dewan yang digunakan untuk membuat jamuan persatuan peladang-peladang Malaysia. Kelihatan ramai tetamu yang telah datang. Dia melihat sekilas jam tangannya. Ada 30 minit lagi sebelum majlis bermula. Abel Ryu melangkah merapati tetamu yang lain.
            `` Ryu. Ingatkan kau tak datang tadi.” Tegur seseorang. Abel Ryu menoleh untuk melihat siapa yang empunya suara. Alberty. Peladang muda seperti dia juga. Namun, bezanya hanyalah Alberty baru menapak dalam dunia peladangan.
            `` Alberty. Kau apa khabar?” tanya Abel Ryu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Lantas salamnya disambut mesra.
            `` Aku sihat. Kau pula apa khabar?” dia bertanya kembali.
            `` Aku macam ni lah. Sihat sentiasa. Kau ke mana? Lama aku tak tengok kau.”
            `` Aku baru balik dari Australia. Aku ada kursus di sana.”
            `` Begitu. Baguslah tu. Aku kalau ada masa, aku pun nak juga pergi kursus. Lama dah aku tak pergi kursus ni.”
            `` Ala, kau kan dah banyak pengalaman. Nak pergi kursus lagi buat apa?”
            `` Nak tambahkan ilmu lah. Nak buat apa lagi.” Ujar Abel Ryu sambil ketawa kecil.
            `` Ya tak ya juga. Ilmu ni kan kita boleh tuntut selagi nyawa dikandung badan.” Kata Alberty. Kedengaran pengacara majlis mengalu-alukan tetamu yang hadir untuk duduk. Abel Ryu terus duduk di kerusi yang berekatan. Begitu juga dengan Alberty. Mereka duduk di meja yang sama. Acara pada malam itu berjalan dengan lancar. Mereka dipersembahkan dengan beberapa jenis persembahan.
            `` Excuse me, aku nak pergi bilik air kejap.” Ujar Abel Ryu kepada Albelty.
            `` Ok.” Sahut Alberty ringkas. Abel Ryu bangun dari tempat duduknya. Terus dia keluar dari dewan dan menuju ke arah bilik air yang terletak di sebelah kanan luar dewan berkenaan.
                        *********************************************
Kelihatan kelibat merpati dua sejoli melangkah masuk ke dalam hotel yang bertaraf lima bintang. Kelakuan mereka mengundang pandangan sinis dan jelik orang di sekeliling. Namun, anak muda itu tetap tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling. Dia terus-terusan membelai wanita hampir separuh baya yang berdiri disebelahnya.
            `` As usual.” Ujar Datin Wong kepada pekerja di kaunter. Sambil tersenyum, pekerja kaunter itu menyerahkan kunci bilik kepada Datin Wong. Dia dah biasa dengan kedatangan Datin Wong. Datin Wong merupakan pelanggan tetap hotel berkenaan.
            `` Come darling.” Ujarnya sambil menghadiahkan jelingan manja dan menggoda kepada Jeremie di sebelahnya. Jeremie membalas pandangan menggoda wanita di sebelahnya. Tangannya menari liar di atas badan wanita hampir separuh abad itu. Sesekali kedengaran Datin Wong ketawa mengekek akibat geli diraba oleh Jeremie yang berada di sebelahnya. Sesampai saja di bilik, tanpa menunggu sesaat, wanita itu umpama seekor ular yang ganas menyerang musuhnya.
            Datin Wong berhenti dari pelayarannya bila terdengar bunyi telefon bimbitnya. Dia sempat mengatur nafasnya.
            `` Hello...”
            `` Hei, mana anak ikan you? I dah tunggu lama ni tau.” Kedengaran suara tidak puas hati si pemanggil.
            `` I kan dah bagi you number dia. You tak call dia ke?” tanya Datin Wong. Kedengaran suara merengus.
            `` Berpuluh kali dah I call dia. Tapi dia tak angkat pun. You tak tipu I ke?”
            `` Mana ada I tipu you. You try la call dia lagi.” Terdengar rengusan keras talian sebelah sana.
            `` Kejap, ada orang tekan loceng pintu.”
            `` Ala, anak ikan I lah tu.” Sunyi seketika talian.
            `` Anak ikan you dah sampai. Mantap. Oklah, I letak dulu telefon ni. Bye.” Tanpa sempat Datin Wong membalas kata-kata Puan Sri Salmie. Datin Wong mengeluh keras.
            `` Kenapa ni honey?” Datin Wong memandang Jeremie di sebelahnya sambil menghadiahkan senyuman paling manis.
            `` Tak ada apa-apa. Sampai mana tadi?” bisik Datin Wong. Sekali lagi nafsu pemuda itu dipancingnya. Jeremie membalas pelukan Datin Wong. Sekali lagi bahtera mereka berlayar.