Tuesday, May 3, 2011

8

`` Tuan. Tuan.” Lamunan Abel Ryu terhenti. Kenangan perkenalannya dengan Bunga Katherine terus lenyap di mata.
            `` Angel, kenapa kau degil sangat. Kan aku cakap, jangan panggil aku Tuan. Formal sangat.” Mendengar kata-kata Abel Ryu, Angel Fiona tersenyum cuma.
            `` Aku panggil kau Abel, kau masih juga termenung. Lepas tu aku cubalah panggil kau TUAN. Mana tau, kata hikmat tu boleh buat lamunan kau terhenti.”
            `` Pandailah kau. Aku ada apa-apa meeting ke hari ni?” tanya Abel Ryu. Angel Fiona terus membuka diari catatan tentang segala aktiviti Abel Ryu.
            `` Tengah Hari  ni, kau ada temu janji dengan syarikat import eksport Maju Jaya. Malam  kau kena hadiri jamuan untuk persatuan peladang-peladang Malaysia. Itu sajalah untuk hari ni.”
            `` Ok. Thank you. Erm... buatkan aku minuman boleh?”
            Kelihatan tersusun cantik gigi Angel Fiona bila dia tersenyum. “ Ok. Nanti aku buatkan.” Ujarnya lalu keluar dari ruangan pejabat Abel Ryu.
                                    *************************************
            `` Kita mulakan meeting kita. Maklumat yang saya suruh kamu carikan itu ada atau tidak?” satu-persatu wajah anak buahnya dipandang. Bunga Katherine memang begitu. Dia lebih selesa berbual secara tidak formal semasa mesyuarat dalam kumpulan. Katanya, lebih mudah bagi sesiapa yang mendengar untuk faham apa yang sedang dibicarakan.
            `` Ada puan. Semuanya ada. Puan nak dengar yang mana dulu?” tanya salah seorang detektifnya.
            `` Ok, saya nak sarjan bagitau segala maklumat yang terkumpul.”
            `` Baik puan. Kumpulan saya telah menyoal siasat pekerja-pekerja dalam syarikat mangsa. Apa yang kami perolehi, baru-baru ini mangsa sering kali bergaduh dengan rakan kongsinya. Datuk Ismail. Selain itu, dari penyiasatan yang kami lakukan, mangsa tahu yang Datuk Ismail telah menyalahgunakan duit syarikat. Mangsa juga mengugut rakan kongsinya itu bahawa dia akan melaporkan kepada SPR kerana dia disyaki mengambil dan memberi rasuah kepada beberapa orang pelanggan mereka.” Bunga Katherine mendengar setiap penjelasan daripada Sarjan Man.
            `` Apa pendapat sarjan tentang perkara ini?” tanya Hyeon Rene yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Sarjan Man menoleh ke arah Hyeon Rene.
            `` Kita tak dapat nak buat kesimpulan dulu tuan. Sebab kita tak soal siasat lagi Datuk Ismail.” Jawabnya terus terang.
            `` Ok, lepas ni, saya nak sarjan dan kumpulan sarjan cari seberapa banyak tentang rakan kongsi mangsa. Pergi soal siasat Datuk Ismail.” Arah Bunga Katherine. Dia lebih banyak memberi arahan kerana dia merupakan ketua kepada siasatan kes ini.
            `` Baik Puan Kathe.” Sahut sarjan Man.
            `` Amal, macam mana pula dengan siasatan awak?” semua pandangan kini tertumpu kepada detektif Amal.
            `` Maaf puan. Kami dah cuba cari siapa yang bernama Mona. Tapi kami tak dapat lagi apa-apa clue. Tapi kami senaraikan beberapa kemungkinan yang  MONA itu mungkin identiti pembunuh ataupun individu yang mengarahkan pembunuhan itu.”
            `` Hmm... Kalau macam tu, saya nak awak teruskan mencari makna perkataan MONA tu. Tanya pada informer-informer awak. Saya tahu, awak ramai mata-mata kan.” Detektif Amal menganggukkan kepalanya. “ Baik puan.”
            `` Baiklah, untuk kali ni, ini saja. Lagipun kita tak ada banyak maklumat. Saya nak awak semua tumpukan sepenuh perhatian pada kes ini. Cari seberapa banyak maklumat.” Pesanan Bunga Katherine berulang lagi. “ Saya dan Inspektor Hyeon Rene akan pergi soal siasat keluarga mangsa. Terima kasih.” Ujarnya lalu keluar dari bilik mesyuarat.
            Seketika kemudian, kelihatan kepala Bunga Katherine menjenguk kembali ke dalam bilik itu. “ Hyeon. What are you waiting for. Jom. Kau tak nak ikut aku ke?” panggil Bunga Katherine. Anak buahnya yang lain tersenyum melihat wajah terkejut Hyeon Rene kerana disergah sebegitu. Mereka sedia maklum tentang hubungan persahabatan di antara dua orang ketua mereka itu. Mereka juga tahu, hanya Bunga Katherine yang akan memanggil Hyeon Rene dengan panggilan Hyeon dan hanya Hyeon Rene yang akan memanggil Bunga Katherine dengan nama Bunga di balai polis itu.

Pembunuhan Kejam di Hutan Simpan Negara. Tajuk utama pada akhbar-akhbar tempatan. Gempar seluruh negara bila ahli perniagaan terkenal mati dibunuh dengan kejam. Tetapi, ada seorang yang sentiasa dihiasi senyuman bila membaca berita tersebut.
            `` Datuk, ada anggota polis datang nak jumpa dengan Datuk.” Beritahu setiausahanya. Datuk Ismail melipat kembali akhbar yang dibacanya dan diletakkan di atas meja.
            `` Suruh mereka masuk.” Arahnya. Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk semula dari luar.
            `` Masuk.” Kelihatan dua orang anggota polis lengkap berpakaian seragam memasuki biliknya.
            `` Silakan duduk.” Katanya sambil mengisyaratkan agar kedua-dua anggota polis itu duduk di sofa yang ada di bilik itu. Kedua-dua anggota polis itu menurut apa yang disuruh oleh Datuk Ismail.
            `` Datuk, saya Sarjan Man dan ini detektif  Han. Saya rasa datuk sedia maklum dengan kedatangan kami di sini.”
            `` Ya. Tentang kematian Omar. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanyanya.
            `` Begini, kami ada dengar yang hubungan Datuk dengan mangsa adalah tidak berapa baik kebelakangan ini. Pada malam kejadian tu, Datuk ada di mana?” Berkerut kening Datuk Ismail mendengar pertanyaan sarjan Man.
            `` Kamu tuduh saya bunuh Omar ke?” tanyanya tanpa mempedulikan pertanyaan sarjan Man.
            `` Kami tidak menuduh. Tapi Datuk adalah antara orang yang disyaki dalam kes pembunuhan ini. Kami harap Datuk boleh bagi kerjasama pada pihak polis dalam siasatan kes ini.” Terang sarjan Man dengan sabar.
            `` Disyaki adalah dituduh. Kamu tetap tuduh saya bunuh Omar kan?” kedengaran nada suara Datuk Ismail mula menaik.
            `` Begini Datuk. Kalau Datuk tak bersalah, Datuk tak perlu takut. Cuma kami perlukan kepastian sama ada Datuk terlibat atau tidak dengan kes ini. Datuk berada di mana pada malam itu?” sekali lagi soalan yang sama diajukan. Kini dengan nada suara yang lebih tegas.
            `` Saya berada di rumah.”
            `` Datuk ada saksi?”
            `` Feel free to ask my family. Saya bersama dengan mereka pada malam itu.” Jawab Datuk Ismail dengan angkuh.
            `` Benarkah Datuk ada bergaduh dengan mangsa sehari sebelum kejadian itu?”
            `` Ya.”
            `` Tentang apa?”
            `` Biasalah dalam dunia bussiness ni. Gaduh pasal apa kalau bukan sebab kerja. Kamu pun tahu kan bagaimana pergolakkan dalam dunia perniagaan ni.” Sahutnya selamba.
            `` Baiklah Datuk. Ini je untuk kali ini. Pihak kami akan datang lagi sekiranya perlu. Terima kasih dengan kerja sama dari Datuk.” Kata Sarjan Man lalu berjabat tangan dengan Datuk Ismail. Begitu juga dengan Detektif Han.
            `` Iya. Datang saja. Kamu tahu di mana mahu cari saya kan?” sempat lagi menyindir Datuk Ismail. Sarjan Man hanya menganggukkan kepalanya. Dia sudah biasa dengan gelagat pelbagai individu. Jadi dia tidak terasa dengan kata-kata Datuk Ismail. Mereka melangkah keluar dai bilik pejabat Datuk Ismail.
 Setelah kedua-dua anggota polis itu keluar, Datuk Ismail segera berlalu ke arah telefon yang berada di atas mejanya. Dia mendail satu nombor.
`` Aku nak jumpa kau malam ni. Tentang kes itu. Tempat biasa.” Katanya ringkas. Setelah mengungkapkan kata-kata itu, dia terus memutuskan talian.
                                    **********************************

No comments:

Post a Comment