`` I dengar you ada anak ikan yang baru?” duga Puan Sri Salmie. Datin Wong memandangnya sejenak.
`` Cepatnya berita tersebar.” Sinis sekali jawapan Datin Wong. Puan Sri Salmie tersenyum menyindir.
`` Dalam persatuan kita ni, mana ada cerita yang akan kekal jadi rahsia? You tak nak kongsi dengan I ke?” berkerut Datin Wong mendengar pertanyaan Puan Sri Salmie. Puan Sri Salmie adalah isteri baru kepada Tan Sri Ahmad. Jarak umur Puan Sri Salmie dengan suaminya adalah dua puluh lima tahun. Dia setuju untuk menerima lamaran Tan Sri Ahmad hanya semata-mata kerana harta. Wanita berusia 40 tahun itu masih lagi kelihatan cantik dan bergetah.
`` You langsung tak pernah pun kongsi dengan I kalau You dapat anak ikan baru. Boleh pula you minta nak kongsi dengan I.” Sindir Datin Wong. Puan Sri Salmie ketawa kecil.
``Kita tukar. Anak ikan I pun hebat juga.” Cuba bertawar dengan Datin Wong. Dia teringin merasai kehandalan lelaki simpanan Datin Wong yang khabarnya hebat dari semua segi. Setiap kali dia mendengar cerita tentang kehandalaan lelaki itu, terutama di ranjang, nafsunya akan bangkit dan hasratnya untuk memiliki lelaki itu bertambah kuat.
`` Ok. Boleh juga. I pun teringin nak test kehandalan askar you tu. Dengar kata sangat hebat di medan tempur.” Puan Sri Salmie tersenyum mendengar kata-kata kiasan Datin Wong.
`` Ok, set. Malam ni you dengan anak ikan I, I pula dengan anak ikan you. Untuk satu malam.” Putus Puan Sri Salmie.
`` Ok, setuju. Tempat biasa.” Tercetus ketawa nakal kedua-dua wanita itu. Tidak jauh dari tempat mereka berbual, sepasang mata yang tajam bak mata burung helang memerhatikan mereka. Mulutnya mengukir satu senyuman.
*******************************************
TING TONG!!! Bunyi loceng rumah banglo itu bila ditekan.
`` Zaman bila punya locenglah ni.” Rungut Hyeon Rene. Bnga Katherine memandang sahabatnya yang berdiri disebelahnya.
`` Aik, loceng rumah orang pun kau nak rungutkan. Kau buang tebiat ke apa?” usik Bunga Katherine.
`` kau memang tak sayang aku. Nak sangat aku mati cepat.” Rajuk Hyeon Rene.
`` Betul-betul kau ni buang tebiat. Hyeon, kita sedang bertugas ni. Kot ya pun kau nak bermanja dengan aku, bukan sekarang. Ni satu lagi, kemana semua orang dalam rumah ni pergi?” usai berkata begitu, kelihatan seorang perempuan separuh abad yang mengenakan baju kurung kedah dan kain batik melangkah ke arah mereka berdua.
`` Ya?” dia bertanya di balik pagar rumah itu.
`` Mak cik, saya Inspektor Kathe dan ini inspektor Rene. Kami nak jumpa tuan rumah ni.” Bunga memperkanalkan diri.
`` Ooo... anak ni polis ya. Kejap. Mak cik bukakan pagar ni dulu. Puan seorang yang ada dalam rumah. Tuan muda kerja. Dia kena ambil alih tugas Tuan besar.” Beritahu mak cik tersebut sambil tangannya membuka pintu pagar rumah tersebut.
`` Terima kasi mak cik.” Ucap Hyeon Rene setelah mereka dipelawa masuk ke dalam rumah. mereka diminta untuk menunggu di ruang tamu sementara tuan rumah datang.
`` Tuan, Puan. Silakan duduk.” Jemput Datin Rani. Isteri arwah Datuk Omar. Kelihatan keadaan Datin Rani tidak berapa terurus. Rambutnya kelihatan kusut. Raut wajahnya kelihatan sedih.
`` Datin, kami ucapkan takziah atas kehilangan datin. Kami tahu mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Tapi kami kena jalankan juga tugas kami. Kami nak tanya datin beberapa soalan. Harap datin boleh bagi kerjasama dengan pihak polis.” Terang Bunga Katherine.
Datin Rani menganggukkan kepalanya. `` Boleh puan. Saya akan jawab apa yang saya tahu. Cuma saya berharap agar kes ini cepat diselesaikan. Saya nak pembunuh suami saya dibawa ke muka pengadilan.” Kata Datin Rani. Kemarahannya dapat ditunjukkan melalui intonasi suaranya.
`` Kami akan jalankan tugas kami sebaik yang mungkin datin. Percayalah dengan kemampuan kami. Datin, datin kenal tak sesiapa yang bernama MONA dalam hidup suami datin?”
`` Mona? Setahu saya, tiada kenalan saya mahupun suami saya yang bernama Mona. Kenapa Puan tanya?” Ujar Datin Rani setelah agak lama cuba mengingat kembali sama ada mereka ada kenalan yang bernama MONA.
`` Begini datin, semasa mayat arwah ditemui, dalam genggamannya ada sekeping kertas yang tertulis perkataan MONA. Sampai sekarang, kami tidak tahu sama ada MONA itu pembunuh tersebut atau ia menunjukkan sesuatu yang lain.” Terang Hyeon Rene.
`` Puan tahu tak kenapa agaknya arwah dibunuh? Puan tahu tak sesiapa yang disyaki?” tanya Bunga Katherine lagi.
`` Setahu saya, tak ada. Arwah seorang yang baik dan adil. Semua orang senang dengan dia.”
`` Bagaimana dengan Datuk Ismail?” berkerut kening Datin Rani bila nama Datuk Ismail meniti bibir Bunga Katherine.
`` Ismail. Memang mereka berdua ada selisih faham kebelakangan ini. Tapi saya tak rasa yang Ismail sampai sanggup membunuh.” Kata Datin Rani. Bunga Katherine dan Hyeon Rene berpandangan sekejap mendengar kata-kata Datin Rani.
`` Datin berada dimana semasa malam kejadian itu?”
`` Saya ada di rumah. sepanjang hari itu, saya berehat di bilik. Saya tak berapa sihat masa tu.” Jawabnya. Bunga Katherine menganggukkan kepalanya.
`` Baiklah Datin. Buat masa ni, ini sahaja yang kami perlukan. Dari semasa ke semasa mungkin kami akan berhubung dengan datin lagi.”
`` Ya. Bila-bila masa tuan dan puan perlukan bantuan saya, hubungi saya. Saya akan cuba membantu semampu saya.”
`` Terima kasih datin. Kami balik dulu.” Kata Bunga Katherine sambil berjabat tangan dengan Datin Rani. Diikuti dengan Hyeon Rene.
`` Bik, hantarkan tetamu kita keluar.” Panggil Datin Rani. Kelihatan pembantu rumah yang menyambut kedatangan mereka tadi keluar dari ruangan dapur.
`` Silakan tuan, puan.” Katanya. Dia mengiringi kedua-dua pegawai polis itu keluar sampai ke pintu pagar.
`` Mak cik, kalau saya tanya sedikit boleh?” Pembantu rumah itu memandang muka Bunga Katherine. Agak lama baru dia menganggukkan kepalanya.
`` Malam kejadian tu, datin ada di rumah?”
`` Ya. Seharian datin di rumah. dia tidak sihat. Dia duduk di biliknya dan berpesan dia tidak mahu diganggu.” Sahut pembantu rumah Datin Rani itu.
`` mak cik ada perasan apa-apa yang pelik ke semenjak dua menjak di rumah ini?”
`` Erm... Tak ada pula. Tapi...”
`` Ya, tapi apa?”
`` Tak ada apa-apa puan. Saya masuk dulu. Nak sediakan makanan tengah hari datin.” Ujar pembantu rumah itu sambil tergesa-gesa meninggalkan dua orang pegawai polis itu.
`` Pelik. Aku rasa ada yang tak kena.” Gumam Bunga katherine.
`` Ya. Aku pun rasa begitu. Mak cik tu macam mengelak je bila ditanya.” Sahut Hyeon Rene.
`` Tak apa. Nanti kita akan tanya lagi. Mungkin mak cik tu takut akan sesuatu. Jom, balik ke ibu pejabat.” Mereka masuk ke dalam perut kereta. Kemudian kereta itu dipandu meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
No comments:
Post a Comment