Sampai saja di ibu pejabat, Bunga Katherine dan Hyeon Rene dipanggil oleh orang atasan mereka.
`` Macam mana dengan perkembangan kes bunuh tu?” tanya ketua mereka Superitendent Adnan. Bunga Katherine memandang muka Hyeon Rene. Hyeon Rene memberi isyarat agar Bunga Katherine memberitahu perkembangan kes kepada ketua mereka itu.
`` Masih dalam siasatan tuan. Saya dah arahkan anak buah saya untuk melakukan sisatan dengan terperinci dan cepat. Kami ni pun baru balik dari rumah mangsa. Soal siasat isteri mangsa.” Terang Bunga Katherine kepada ketuanya itu.
`` Saya nak siasatan ini dilakukan sebaik yang mungkin. Please give every efforts into this case. Saya harap ada perkembangan tentang kes ini dalam masa yang terdekat. Teruskan usaha. Saya tahu, kamu berdua mampu selesaikan kes ini sebab kamu pekerja yang paling saya percaya. Ok, kamu berdua boleh bersurai sekarang.” Panjang lebar superitendent Adnan berkata.
`` Baik tuan. Dan terima kasih sebab percaya pada kami berdua.” Ujar Bnga Katherine.
`` Terima kasih tuan.” Hyeon Rene pula mengucapkan terima kasih. Orang atasan mereka berdua hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Setelah itu, kedua-dua inspektor polis itu keluar dari bilik ketua mereka.
Bunga Katherine menyeluk telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluarnya. Didailnya satu nombor.
`` Hello. Saya nak awak intip dan siasat tentang isteri Datuk Omar. Ya, saya nak awak siasat dengan terperinci dan intip semua aktiviti dia. ok. Nanti saya contact awak lagi. Bye.” Selesai bercakap dengan informer aka mata-mata dia, Bunga Katherine terus mendail number Abel Ryu.
`` Abel. Aku ni. Petang ni aku nak pergi ladang kau boleh?”
`` Kau salah makan ubat ker?” kedengaran suara Abel Ryu bertanya.
`` Tak lah. Kenapa kau tanya soalan pelik ni? Kau pun buang tebiat ke?” kedengaran suara ketawa temannya itu dari hujung sebelah sana.
`` Tak. Aku hairanlah, tak pernah-pernah kau minta kebenaran nak datang ladang aku, tiba-tiba hari ni kau minta. Kau kan suka main terjah je.”
`` Ala, aku nak bawa Hyeon datang. Nak kenalkan kau orang berdua. Sebab tu aku tanya kau.”
`` Ooo... datang je petang ni. Tapi jangan lewat sangat. Malam ni aku kena hadir satu majlis.”
`` Ok. Thank you Abel. Aku datang petang ni. Love you.”
`` Love you too.” Sahut Abel Ryu. Setelah itu, Bunga Katherine memutuskan talian. Tersenyum dia mendengar ucapan balas dari Abel Ryu.
`` Yang kau tersengih macam kerang busuk ni kenapa?” tegur Hyeon Ryu.
`` Kerang tau tersengih ke?” sindir Bunga Katherine.
`` Tau. Macam muka kau tersengih kalau kerang tersengih.” Sahut Hyeon Ryu tidak mahu mengalah. Asyik-asyik dia yang terkena usikan Bunga Katherine.
`` Baguslah kalau macam tu.”
`` Apa pula bagusnya?” tanya Hyeo Rene hairan. Bunga Katherine tersenyum.
`` Sebab kalau kerang tu tersengih macam aku, maknanya kerang tu cantik dan comel macam akulah.” Terburai ketawa Bunga Katherine bila melihat muka masam Hyeon Rene setelah mendengar jawapan dari mulutnya.
`` Kau ni tak habis-habis kenakan aku. Dahlah, aku nak buat kerja aku. Nanti tak lah balik lewat sangat.” Ujarnya lalu berjalan ke arah meja kerjanya.
`` Petang ni kau ikut aku.” Kata Bunga Katherine. Hyeon Rene berhenti melangkah dan menoleh semula ke arah temannya itu.
`` Kemana?”
`` Adalah. Kau ikut je. Aku nak bawa kau dating petang ni. Jam 5.30pm. tunggu aku kat tempat letak kereta.” Ujar Bunga Katherine. Usai berkata begitu, dia melangkah keluar dari ruangan pejabat itu sambil tangannya sempai mencapai fail yang ada di atas mejanya. Hyeon Rene hanya menjungkitkan bahunya dan berlalu ke arah mejanya.
`` Macam-macam.” Rungutnya.
*********************************************
Angka jam menunjukkan pukul 5 pm. Abel Ryu bangun dari kerusinya dan lantas mencapai kunci kereta.
`` Angel, aku nak keluar kejap.” Angel Fiona memandang ke arah Abel Ryu.
`` Hmm... Nak pergi mana? Kalau ada yang cari kau, aku nak bagitau apa?” tanya Angel Fiona.
`` Kau cakap aku ada hal sikit. Kalau ada yang nak buat temujanji, macam biasa, kau arrangekanlah. Aku keluar kejap. O ya, kalau Bunga datang, suruh dia tunggu aku kejap. Takpun suruh dia bawa kawan dia berjalan-jalan dekat ladang tu.”
`` Ok Tuan. Berita faham.” Sempat Angel Fiona mengusik Abel Ryu. Abel Ryu tersenyum lalu melangkah ke arah pintu keluar. Dia berjalan menuju ke arah keretanya yang diletakkan di bawah pohon cempaka depan bangunan pejabatnya. Setelah memanaskan enjin kereta sekejap, dia memandu keluar dari kawasan ladang miliknya itu.
Kereta Abel Ryu meluncur laju meniti jalan raya. Tujuan utama dia ke pusat bandar itu untuk mencari bunga kesukaan Bunga Katherine. Setiap kali temannya itu datang melawat, pasti dia akan memberikan tanda mata buat temannya itu. Abel Ryu membelokkan keretanya bila terjumpa kedai yang dicari. Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta yang berhampiran, dia melangkah ke arah kedai bunga berkenaan.
`` Selamat datang encik. Boleh saya bantu?” tegur pekerja dalam kedai berkenaan apabila dia melangkah masuk ke dalam kedai bunga tersebut. Abel Ryu tersenyum.
`` Tolong balutkan saya bunga mawar kuning campur dengan merah hati. Merah hati satu kuntum di tengah-tengah dan yang kuning bagi 20 kuntum.” Pintanya.
`` Baiklah. Encik tunggu sebentar ya.” Kata pekerja tersebut. Abel Ryu hanya menganggukkan kepalanya. Dia berjalan-jalan di sekitar kedai itu sambil melihat-lihat bunga yang ada terjual di situ. Matanya terpandang bunga lily yang masih segar dan cantik.
`` Hmm.. Angel rasanya suka bunga ni. Kalau aku tak silaplah.” Dia berbisik sendiri. Lantas dia melangkah ke arah pekerja kedai yang sedang menyiapkan pesanannya sebentar tadi.
`` Saya nak bunga Lily juga. Bagi dalam 20 kuntum.”
`` Baiklah encik.” Dengan pantas pesanan yang diminta oleh Abel disiapkan. Nampak sangat yang pekerja di kedai itu sudah biasa dengan kerja yang dilakukannya.
`` Encik, semuanya RM 105.” Abel Ryu mengeluarkan dompetnya dan memberikan jumlah yang dinyatakan oleh pekerja itu tanpa banyak soal.
`` Terima kasih encik. Sila datang lagi.” Sekali lagi Abel Ryu menganggukkan kepalanya sambil menghadiahkan sekuntum senyuman buat pekerja itu. Dia melangkah keluar dari kedai tersebut lalu menuju ke arah keretanya. Di tangannya terdapat dua bungkusan bunga yang akan diberikan kepada dua orang teman yang amat bermakna dalam hidupnya. Kemudian kereta dipandu pulang ke ladang.
No comments:
Post a Comment