`` Hmm... Abel, kami balik dulu. Aku tahu, kau ada jamuan malam ni. Nanti kita jumpa lagi. Aku pun kena kerja malam ni.” Kata Bunga katherine.
`` Ok. Hyeon, nanti senang-senang kau datanglah lagi. Tak perlu tunggu dia ni kalau rasa nak datang. Datang je.” Pelawa Abel Ryu.
`` Ok. Thank you atas pelawaan kau. Nanti kalau ada masa aku datang lagi.”
`` Ehemm... Kau berdua ni ada apa-apa ke? Ke kau ni Hyeon dah jatuh hati dengan Abel. Wah... Berita hangat ni,” usik Bunga Katherine.
`` Bunga...” serentak Abel Ryu dan Hyeon Rene menyebut namanya. Bunga Katherine ketawa senang. Angel Fiona hanya menjadi pemerhati antara mereka.
`` Sudahlah, aku balik dulu. Kang lama-lama, lain pula yang jadi dengan kau orang berdua.” Pantas Bunga Katherine berlalu dari meja tersebut kerana tidak mahu menjadi mangsa jelingan maut teman-temannya. Dia masih lagi ketawa senang.
`` Itulah dia. tak habis-habis mengusik orang. Kau jangan ambil hatilah Hyeon. Aku tahu, kau tentu sedia maklum dengan perangai dia ni.” Hyeon Rene tersenyum.
`` Ya, aku tahu. Aku selalu jadi mangsa buli dia.” kata Hyeon Rene. Mereka melangkah keluar dari bangunan tiga tingkat itu.
`` Nasib kau lah.” Ujar Abel Ryu sambil ketawa kecil. “ Oklah, kau jaga bunga aku ni baik-baik.” Sempat dia berpesan pada Hyeon Rene.
`` Siapa bunga kau?” tanya Bunga Katherine lalu mempamerkan riak wajah yang tidak puas hati. Sengaja mahu mengusik Abel Ryu.
`` Angel.” Sahut Abel Ryu membalas usikan wanita muda itu. Bunga Katherine terus memasamkan mukanya lalu masuk ke dalam kereta. Abel Ryu tergelak kecil melihat keletah temannya itu. Angel Fiona hanya tersenyum melihat kelakuan mereka berdua.
`` Tak payah kau nak pura-pura merajuk. Aku tak tertipu punya.”
`` Sudahlah, aku tak mahu kawan dengan kau lagi. Hyeon, cepat masuk.” Arah Bunga Katherine. Hyeon Rene menurut arahan Bunga Katherine. Sempat dia melambai tanda ucapan selamat tinggal kepada Abel Ryu dan Angel Fiona.
`` Kau merajuk ke?”
`` Mana ada. Aku memang biasa buat macam ni dengan dia. dia dah lali dah.” Nafi Bunga Katherine. ‘ Memang pun aku jeles. Ada ke dia kata Angel tu bunga dia.” bisik hati kecil Bunga Katherine.
`` Macam merajuk je tu. Itulah kau tuan, suka main-mainkan Bunga. Kesian dia.”
`` Ala, nanti kalau betul dia merajuk, aku tahulah nak pujuk macam mana. Lagipun, Bunga tu kalau merajuk dengan aku lama manalah sangat. Aku balik dulu. Nak bersiap untuk jamuan malam ni. Nanti kau tolong kuncikan bilik aku ya.”
`` Baik boss. Macamlah rumah dia tu jauh sangat. Seberang jalan je pun.” Sindir Angel Fiona. Abel Ryu tersenyum.
`` Aku balik dulu. Sayang kau.” Ujarnya lalu masuk ke dalam keretanya. Setelah kereta Abel Ryu berlalu, Angel Fiona masuk semula ke bangunan pejabat tersebut. Dia mengemaskan apa yang patut. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan yang memuaskan, Angel Fiona mengunci pintu bilik pejabat Abel Ryu. Bangunan itu nanti ada pak cik jaga yang akan tolong kuncikan.
No comments:
Post a Comment