Kereta yang dipandu oleh Bunga Katherine menyusur masuk ke satu simpang. Di sepanjang jalan, kelihatan pelbagai jenis tanaman. Nanas, betik, sayur-sayuran, buah-buahan. Di sebelah kiri pula kelihatan beberapa kandang ternakan. Hyeon Rene memandang pemandangan di luar dengan penuh persoalan.
`` Kau bawa aku pergi terjah ladang siapa ni?” tanyanya setelah tidak dapat menahan perbagai soalan yang masuk di minda. Bunga Katherine tersenyum.
`` Nanti kau tahulah.” Jawabnya penuh rahsia. Hyeon Rene mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan yang hijau mata memandang.
Setelah meletakkan keretanya di hadapan pejabat, terus Abel Ryu melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Melilau matanya memandang sekeliling. Yang kelihatan hanyalah kerani dan mak cik tukang sapu pejabatnya.
`` Mana Angel ni?” da bertanya pada diri sendiri. Lantas telefon bimbitnya diambil dan didailnya nombor telefon Angel Fiona.
`` kau kat mana?” tanyanya setelah suara di sebelah sana menjawab.
`` Ok.. ok... aku ke sana sekarang juga. Bunga ada tak di situ? Ok.. aku gerak sekarang.” Lantas dia mematikan telefon bimbitnya dan melangkah keluar dari pejabatnya. Dia mengatur langkah ke arah kandang lembu ternakannya. Teman-temannya itu ada di sana. Tangannya masih lagi memegang bunga yang dibeli tadi. Dari jauh kelihatan Bunga Katherine sedang bermain-main dengan seekor anak lembu. Di sebelahnya kelihatan seorang pemuda yang berwajah putih bersih.
``Hye..” tegurnya. Ketiga-tiga pasang mata lantas menoleh ke arahnya.
`` Abel. Kau kemana? Aku tunggu kau macam tunggul tau.” Terus dia diterjah soalan daripada Bunga Katherine. Abel Ryu tersenyum dengan gelagat temannya itu.
`` Aku tak kemana. Keluar sebentar tadi. Angel, for you. You like this flower right?” dia menyuakan bunga lily kepada Angel Fiona. Angel Fiona tersenyum.
`` Thank you. Sebenarnya aku suka bunga Jasmine. But it’s ok. Aku hargainya.” Ucap Angel Fiona. Abel Ryu kelihatan serba salah.
`` Sorry, aku ingat kau suka bunga Lily.”
`` No, it’s ok. Really.” Kata Angel Fiona. Membuang rasa bersalah dalam diri Abel Ryu. Bunga Katherine yang menyaksikan perkara itu terasa sedikit cemburu.
`` Oh, tak lupa, for my princess.. Ni untuk kau. Bunga kesukaan kau. Mawar.” Tersenyum Bunga Katherine bila ternyata Abel Ryu tak lupa padanya.
`` Wah... Thank you. Sayang kau.” Ucapnya lalu mencapai bunga yang ada di tangan Abel Ryu.
`` But, why you always give me yellow and red rose? Dan kenapa harus satu yang berwarna merah?” Abel Ryu tersenyum.
`` That’s my secreat. Kau tak nak kenalkan aku dengan kawan kau ke?” tanya Abel Ryu bila dia melihat teman Bunga Katherine hanya menjadi pemerhati diantara mereka.
`` Ops... Lupa. Abel, ini Hyeon Rene. Aku panggil dia Hyeon. Orang lain suka panggil dia Rene. Kau nak panggil dia apa, suka hati kaulah. Dan, Hyeon, ini Abel Ryu. Aku panggil dia Abel. Orang lain pun panggil dia Abel.” Panjang lebar keterangan dari Bunga Katherine.
`` Hi Hyeon. Aku Abel. Selamat berkenalan.”tangannya disuakan kepada Hyeon Rene.
`` Hyeon. Selamat berkenalan.” Ujar Hyeon Rene seraya menyambut huluran tangan Abel Ryu. “ Aku selalu dengar tentang kau dari Bunga. Sebab itu aku teringin nak kenal siapa kau.” Ujar Hyeon Rene lagi.
`` Samalah. Aku pun selalu dengar tentang kau dari dia. Kawan Bunga, kawan aku juga.” Kata Abel Ryu sambil tersenyum. “ Mari kita pergi cafe. Minum dulu. Bunga ni kalau dah jumpa anak lembu dia ni semua orang dia lupa.” Bunga Katherine mencebik bila mendengar kata-kata Abel Ryu.
`` Kau kalau nak kutuk aku pun jangan depan-depan aku. Kang aku sumbat mulut kau dengan bunga mawar ni baru padan muka.”
`` Mana kau sanggup. Bunga tu bunga kesukaan kau. Dan kau bunga kesayangan aku.” Tutur Abel Ryu. Bunga Katherine terpana sebentar mendengar kata-kata Abel Ryu. Hyeon Rene juga begitu.
`` o... Kau ingat aku tak berani ya. Mari sini, aku sumbatkan.” Bunga Katherine mencapai sekuntum daripada bunga mawar tersebut. Dia cuba menyumbatkan di dalam mulut Abel Ryu. Abel Ryu lari mengelakkan diri. Mereka berkejaran. Begitulah rutin di antara mereka berdua.
`` Mari Hyeon. Mereka berdua memang macam tu. Kau jangan hairan. Aku dah lali tengok perangai mereka berdua.” Kata Angel Fiona. Hyeon Rene mengikut langkah Angel Fiona. Mereka menikmati air teh di cafe yang terdapat dalam bangunan pejabat Abel Ryu. Sambil minum, mereka berbual mesra.
No comments:
Post a Comment