`` Maaf aku kelewatan. Kau dah lama sampai ke?” soalnya terus lalu duduk di kerusi yang berhadapan dengan Abel Ryu. Pemuda itu direnungnya sejenak.
`` Tidak apa. Aku faham kerja kau. Aku pun baru sampai. Kau nak makan apa? Kita order dulu.” Bunga Katherine mengukir satu senyuman di bibirnya.
`` Kenapa kau senyum?”
`` Aku gembira dapat jumpa kau. Sebab tu aku senyum.” Terkebil-kebil mata Abel Ryu mendengar jawapan wanita muda itu. ‘ Kau mengusik perasaan ku lagi. Jangan begitu Bunga..’ desis hati kecilnya.
`` Aku orderkan kita steamboat nak? Atau kau nak makan benda lain?”
`` Aku on je. Lagipun lama juga aku tak makan steamboat. Kau order yang periuk besar ya. Aku nak makan puas-puas malam ni. Lepas ni susah nak makan sedap-sedap.”
`` Kenapa pula?” berkerut kening pemuda itu mendengar butir bicara Bunga Katherine.
`` Sebab aku dapat kes besar. Tengok cara kes itu berlaku aku tahu yang ia akan ambil masa yang lama untuk diselesaikan.”
`` Aku yakin kau mampu selesaikan. Kau kan terer bab siasat-menyiasat ni.” Abel Ryu menerapkan sedikit rasa yakin dalam diri temannya itu.
`` Tapi, hati aku kerap sangat berbisik. Kes ini bukan sebarang kes. Tak pernah aku rasa macam ni. First time.” Keluh Bunga Katherine.
`` Sudahlah. Sekarang time kita makan. Jangan sebut pasal kerja. Nanti aku pun jadi tak berselera. Bukan kau seorang yang ada kerja berat.” Sempat lagi Abel Ryu menyindir temannya itu. Bunga Katherine memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.
`` Kau kan boss. Kenapa pula kerja kau berat. Kau cuma perlu semburkan air liur kau untuk bagi arahan. Semua pasti beres.”
`` Wah.. Mudahnya kau cakap. Macamlah aku tak ada kerja lain nak menyemburkan air liur je.” Abel Ryu menjawab kata-kata Bunga Katherine. Tangannya ligat mengacau kuah steamboat. Satu persatu jenis makanan laut itu dimasukkan ke dalam periuk yang berisi kuah steamboat. Bunga Katherine turut membantu.
`` Betullah apa yang aku kata. Lagipun PA kau kan ada. Aku tahu, kau tentu buli si Angel tu kan. Suruh dia buat semua kerja. Siap buat air lagi. Macamlah kau tu tak ada tea lady. Kesian Angel Fiona.” Abel Ryu menjeling wanita di hadapannya sekilas.
`` Dah dia buat air teh tu sedap. Aku nak buat macam mana. Kau bukan tak tahu, aku paling memilih kalau minum.” Bunga Katherine mencebik, entah kenapa dia tiba-tiba rasa cemburu apabila mendengar kenyataan dari Abel Ryu.
`` Yang kau buat muka macam siput sedut tu kenapa? Kau jeles eks?”
`` Apa kes aku nak jeles dengan kau.”
`` Bukan dengan aku. Dengan Angel.” Sahut Abel Ryu selamba.
`` For what reason? Kau ni, sesuka hati ja nak kata aku jeles.” Ujar Bunga Katherine. ‘ Memang aku jeles pun.’ Bisik hati kecilnya.
`` Dah-dah. Dari berbalas kata dengan kau, baik kita makan. Dah masak dah ni.” Abel Ryu menyendukkan Bunga Katherine isi steamboat dengan kuahnya sekali. Berbunga riang hati Bunga Katherine dilayan sebegitu.
`` Terima kasih. Aku sayang kau.”
`` I love you too.” Sahut Abel Ryu. ‘ Memang aku sangat menyayangimu.’ Dia memerhatikan wanita itu makan.
`` Kau kenyang ke tengok aku makan?” sindir Bunga Katherine setelah lama dia perasan yang Abel Ryu memandangnya.
`` Tak juga.” Sahut Abel Ryu. Terus dia ketawa kecil. Sejak berkenalan dengan wanita muda itu, dia sudah biasa dengan mulut Bunga Katherine yang tak ada insurans itu.
`` Oh ya, kalau ada masa, aku nak kenalkan kau dengan kawan aku. Dia nak kenal kau.”
`` Lelaki ke perempuan?”
`` Lelaki.” Berkerut kening Abel Ryu mendengar jawapan temannya itu.
`` Kawan kau tu gay ke?” tanyanya setelah agak lama mendiamkan diri.
`` Ish kau ni. Lelaki sejati tu.”
`` Apa kes pula dia nak berkenalan dengan aku kalau dia lelaki sejati?” persoalan itu ingin segera dia ketahui jawapannya.
`` Dia selalu dengar aku cerita tentang kau. Jadi dia nak kenal juga siapa Abel tu. Lagipun kau kan petani moden yang berjaya dan terkenal. Tentulah dia nak kenal kau.” Terang Bunga Katherine panjang lebar. Tangannya masih ligat menyumbatkan isi-isi steamboat ke dalam mulut.
`` Semata-mata kerana itu?”
`` Tak lah. Dari dulu dia memang nak kenal kau. Cuma aku ni tak ada masa nak bawa dia berkenalan dengan kau. Lagipun, aku memang nak kenalkan kau dengan dia. dia baik. Macam kau juga.” Sempat lagi Bunga Katherine memuji.
`` Begitu. Tak apa, nanti kau ajak dia datang kat ladang aku. Kau bukannya tak biasa menyerbu masuk ladang aku sesuka hati kau.” Membulat mata Bunga Katherine mendengar kata-kata Abel Ryu.
`` Aku tak datang lagi tempat kau baru kau tahu.” Ugutnya. Abel Ryu tersenyum. Dia tak temakan dengan ugutan polis muda itu.
`` Macamlah aku tak tahu yang kau tu bukan boleh kalau tak jumpa Cici.” Cici adalah anak lembu kesukaan Bunga Katherine. Kerana itulah temannya itu selalu muncul di ladangnya kalau ada masa lapang. Hampir tiga jam mereka berdua berbual kosong di kedai itu. Setelah itu, masing-masing membawa haluan sendiri. Bunga Katherine pulang ke rumah. dia ingin berehat lebih awal. Esok adalah hari yang paling sibuk bagi dia. sebab apa lagi kalau bukan sebab kes bunuh yang tidak berperikemanusiaan itu. Abel Ryu pula memberitahu yang dia mahu berjumpa kawannya. Jadi dia tidak terus balik ke rumah.
No comments:
Post a Comment