Sesampainya mereka di hospital, Bunga Katherine dan Hyeon Rene terus menuju ke arah keluarga mangsa. Mereka bersalaman dengan semua yang ada di situ.
`` Maaf, boleh kami bertanya beberapa soalan?” Hyeon Rene bertanya.
`` Tuan boleh tanya saya apa sahaja. Tapi buat masa ni, jangan soal ibu saya dulu. Dia masih lagi terkejut. Tuan boleh datang ke rumah kami nanti untuk soal dia kalau perlu.” Anak sulung keluarga itu menjawab bagi pihak keluarganya.
`` Baiklah. Kami faham. Boleh kita ke sudut sana?” Bungan Katherine mengikut langkah Hyeon Rene dan pemuda itu ke arah yang dtunjukkan.
`` Kami nak tahu, apa agaknya punca pembunuhan ini menurut pandangan encik Hisham?” Bunga Katherine menyoal anak mangsa.
`` Bapa bukanlah orang yang jahat. Apatah lagi terlibat dengan aktiviti yang tidak baik. Setahu saya, bapa seorang yang jujur. Tapi semenjak dua menjak n, bapa sering kelihatan takut-takut dan suka menyendiri. Ada juga terdengar desas-desus yang bapa ada selisih faham dengan seorang rakan kongsinya.”
`` Nama rakan kongsi Datuk siapa?”
`` Datuk Ismail. Dia kawan baik bapa. Tak mungkin dia sanggup membunuh bapa.” Terang Hisham. Semua keterangan yang diberikan oleh Hisham dicatat oleh Hyeon Rene. Setelah Hisham kembali ke tempat keluarganya berkumpul, Hyeon Rene bertanya pada Bunga Katherine.
`` Kau rasa, Datuk Ismail tu ada kaitan dengan kes ini ke?”
`` Entahlah. Kita tak dapat nak buktikan apa-apa selagi kita tak bertanya dengan suspek. Nanti aku arahkan detektif aku pergi menyoal Datuk Ismail. Kau tahu apa yang kau perlu buat kan? Esok kita bincang hal ini dengan detail.” Hyeon Rene mengangguk kecil. Dia faham dengan cara kerja anggota polis yang bernama Bunga Katherine ini. Segala maklumat harus dikumpul terlebih dahulu, barulah perancangan yang rapi akan dibuat.
`` Kau baliklah dulu. Aku ada kerja sikit nak buat kat pejabat.” Ujar Hyeon Rene.
`` Ok. Jumpa kau esok.”
`` Kirim salam kat Abel kau tu.”
`` Bila masa pula Abel tu milik aku? Kau ni, kalau ya pun senget sebab kes ini, janganlah mengarut bukan-bukan.” Usik Bunga Katherine.
`` Sah. Mulut kau tu tak ada insurans.”
`` Dah tau tak ada, kau belikanlah. Dahlah, aku balik dulu. Bye.” Masih bersisa tawa Bunga Katherine. Hyeon Rene hanya mampu menggelengkan kepalanya. ‘ Kalaulah kau tahu apa dalam hati aku ni Bunga...’ bisik hati kecil Hyeon Rene.
`` Hello... Abel. Kenapa kau lambat angkat?... yalah tu... Jumpa malam ni. Tempat biasa... dan Abel, jangan lupa, kau belanja aku makan malam ni... hahaha... dah lah, bye. Nanti jumpa lagi.” Bunga Katherine memutuskan talian. Bibirnya terukir senyuman. Dia bahagia sebab akan bertemu dengan Abel Ryu malam ini. Dia tahu, hanya dia yang punya perasaan seperti itu. Abel Ryu mungkin tidak.
Abel Ryu memandang telefon bimbitnya sejenak. Panggilan dari Bunga Katherine mewujudkan satu rasa yang sukar untuk dia mengerti sendiri. Apa yang dia tahu, hanya senyuman yang akan terukir di bibirnya bila terfikirkan wanita itu. ‘ Dia lebih layak untuk bersama dengan orang yang lebih baik dari aku...’ hati kecilnya berbisik.
Abel Ryu melangkah ke arah kamar mandi. Dia membersihkan diri seadanya. Selesai mandi, dia terus membuka almari yang menempatkan pakaiannya. Dilihatnya satu-persatu baju yang ada di dalam almari itu. Baju t-shirt yang berwarna coklat muda dicapainya. Baju itu pemberian Bunga Katherine semasa ulang tahun hari jadinya. Disaungkannya baju itu ke badan. Jean yang berwarna kehitaman turut dipakai. Ringkas. Bergaya.
Setelah puas menilik penampilan diri di dalam cermin, Abel Ryu tersenyum puas. Kunci kereta dicapainya. Setelah mengunci pintu utama, dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Destinasinya adalah restauran tempat dia dan Bunga Katherine selalu makan bersama. Kedengaran bunyi telefon bimbitnya menandakan ada mesej yang masuk. Dia melihat sejenak mesej itu kemudian menutup kembali telefon bimbitnya. Kereta terus dipandu menyusuri sepanjang jalan-jalan di kota raya itu.
No comments:
Post a Comment