Thursday, December 2, 2010

3


Jeritan demi jeritan kedengaran dari dalam rumah itu. Api sedang menyala dengan maraknya. Tubuh kecil itu hanya mampu memandang tanpa boleh melakukan apa-apa. Air matanya menitis menuruni pipinya. Dia menyembunyikan dirinya di dalam semak. Tidak berani bergerak sedikitpun. Kelihatan beberapa kelibat manusia yang berdiri di hadapan kawasan rumah yang terbakar itu. Senyuman kepuasan terukir meniti bibir masing-masing.
          `` Tolongggggggggg....” jeritan meminta tolong semakin lama semakin perlahan. Manusia kecil itu hanya mampu menekup mulutnya menahan bunyi tangisan.
          `` Arghhh!!!” Jeritan Abel Ryu mengejutkan Angel Fiona. Dia yang cuba membangunkan majikannya tersentak dengan jeritan Abel Ryu. Perlahan-lahan dia mengurut dadanya. Abel Ryu memandangnya sejenak dengan pandangan mata yang tajam.
          `` Maaf.” Ucapnya setelah agak lama mendiamkan diri. Perlahan Angel Fiona mengukir senyuman.
          `` Tidak apa-apa. Tadi aku cuba untuk mengejutkan Tuan. Tapi aku yang terkejut.” Abel Ryu ketawa kecil mendengar butir bicara dari mulut pembantu peribadinya itu.
          `` Maaf. Aku bermimpi buruk lagi.”
          `` Tuan mahu minum? Nanti aku buatkan.” Abel Ryu mengangguk kecil. Angel Fiona menyusup keluar dari pejabat majikannya itu. Dia menuju ke pantri untuk membuatkan minuman kegemaran tuannya. Selesai membancuh teh O, dia lantas menuju kembali ke bilik majikannya itu.
          `` Tuan, ini minumannya. Aku buatkan khas untuk tuan.”
          `` Bukan memang kau selalu buat minuman hanya untuk aku? Dan satu lagi, kalau hanya kita berdua, tak perlu panggil aku, Tuan. Kau tahu kan, aku pernah bagitau kau dulu.” Angel Fiona tersenyum kecil. Kelihatan lesung pipinya.
          `` Aku tahu. Tapi aku sengaja nak panggil kamu dengan gelaran TUAN. Sekali-sekala.” Abel Ryu menggeleng kecil. Tidak tahu apa yang bermain di minda wanita muda itu. Dia mengenali Angel Fiona semasa membuat lawatan di New Zealand. Wanita muda itu tanpa segan bertanyakan pada dia sama ada dia boleh bagi kerja padanya. Bila persetujuan sudah dicapai, dia membawa wanita muda itu pulang ke Malaysia. Dalam masa enam bulan sahaja, Angel Fiona mampu bertutur dalam bahasa Melayu.
          `` Angel, Bunga ada telefon tak sepanjang aku tertidur tadi?”
          `` Tak ada pula. Mungkin dia masih ada kerja lagi. Sekejap lagi, dia telefon lah tu.”
          `` Hmm... tak apalah. Kalau begitu, kau boleh balik. Hari dah lewat petang ni. Nanti aku tutup office.”
          `` Oklah. Aku balik dulu ya tuan.” Sempat Angel Fiona mengusik Abel Ryu. Abel Ryu membulatkan matanya, pura-pura marah. Terletus ketawa dari bibir mungil itu. Dia keluar dari bilik pejabat Abel Ryu. Mengemaskan barang-barangnya dan bersiap-siap untuk pulang.
          Apabila tangannya mahu membuka pintu utama pejabat itu, namanya dipanggil. `` Angel. Aku sayang kau.” Angel Fiona tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.
          `` Iya, aku sayang kau juga. Hati-hati balik nanti Tuan.” Ujarnya lalu melangkah pergi. Ucapan itu memang selalu meniti bibir majikannya. Dia sudah biasa mendengar ungkapan itu. Abel Ryu akan mngucapkan ungkapan itu hanya kepada orang-orang terdekatnya saja. Bunga Katherine juga selalu diberikan ucapan yang sama. Cuma intonasi suaranya saja yang berbeza. Jelas ketara perbezaan sinar mata Abel Ryu bila bersama dengan wanita muda itu. Angel Fiona tahu apa yang tersimpan di dalam hati majikannya.

No comments:

Post a Comment