“ Inspektor Kathe, ada panggilan dari pihak Hutan Simpan Negara. Ada mayat ditemui di situ. Saya arahkan kamu dan inspektor Rene pergi ke tempat kejadian.” Bunga Katherine memandang wajah orang atasannya sambil menganggukkan kepala.
`` Baik Tuan.” Sahutnya. Dia segera mencari kelibat Hyeon Rene.
`` Hyeon, come with me. Ada kes pembunuhan di hutan simpan negara. Kita diarahkan untuk ke sana.” Katanya. Hyeon Rene mengikut langkah kaki Bunga Katherine. Mereka menuju ke arah tempat letak kereta. Kelihatan dua orang detektif di bawah seliaan Bunga Katherine sedang menunggu di tepi van polis.
`` Selamat pagi Tuan, Puan.” Sapa mereka berdua hampir serentak.
`` Selamat pagi. Mari kita berangkat sekarang.” Arah Bunga Katherine. Mereka segera bertolak ke tempat kejadian.
`` Pelik. Kenapa pembunuh memilih tempat pembunuhan di hutan simpan negara?” persoalan timbul di benak Hyeon Rene.
`` Itu bermakna, dia mahu kita temui mayat itu dengan cepat. Apa lagi motif dia. kalau tak tentu dia pilih tempat yang lebih spesifik.” Sahut Bunga Katherine. Hyeon Rene menganggukkan kepalanya. Kedengaran telefon bimbit Bunga Katherine berbunyi. Pantas sahaja polis perempuan itu menjawab telefonnya.
`` Ya Abel? Ok, kalau tak ada aral, malam ni kita jumpa. Kau belanja aku makan. Kau kan tokey besar. Aku ada kes ni. Nanti aku call kau lagi. Bye.” Hyeon Rene memandang wajah temannya itu.
`` Kau tak pernah kenalkan aku dengan Abel. Kenapa ya?” soalnya. Bunga Katherine memandang wajah temannya itu dengan wajah yang pelik.
`` Kau nak kenal dengan Abel buat apa? Yang aku tahu, kau ni straight. Bukan gay. Lainlah kalau kau gay. Boleh juga aku kenalkan kau dengan Abel.” Membulat mata Hyeon Rene mendengar kata-kata gadis di sebelahnya itu. Bunga Katherine ketawa melihat riak wajah temannya itu. Kedua-dua detektif yang duduk di bahagian depan juga kelihatan sedang menahan ketawa.
`` Kau ni kan. Mulut tak ada insurans betul. Ada ke aku yang macho ni kau kata gay. Bukan apa, aku nak jugalah kenal kawan-kawan kau yang lain.” Rungut Hyeon Rene. Ketawa Bunga Katherine masih lagi bersisa.
`` Nantilah aku kenalkan kau dengan si Abel tu. Kau ni, macam tak ada keja lain. Nak juga kenal dengan kawan-kawan aku.” Rungut Bunga Katherine.
`` Kawan kau tu kan petani moden yang paling berjaya. Terkenal lagi tu. Aku nak juga kenal dengan orang-orang ternama. Kau janganlah kedekut.” Balas Hyeon Rene. Membulat mata Bunga Katherine. Apa-apa sajalah teman seperjuangannya ini.
`` Tuan, Puan, kita dah sampai.” Ujar detektif muda itu.
`` Ok, awak dengan Amal kumpul apa-apa saja maklumat dari semua saksi, saya dengan Hyeon akan tengok mangsa bunuh tu.” Bunga Katherine memberi arahan kepada kedua-dua detektifnya. Kedua-dua detektifnya mengangguk kepala tanda faham dengan arahan dari ketuanya. Tanpa membuang masa, mereka berdua beredar untuk mendapatkan maklumat daripada saksi-saksi kejadian. Bunga Katherine dan Hyeon Rene menuju ke lokasi pembunuhan.
`` Tuan, Puan.” Sapa beberapa orang anggota polis yang ada disitu. Mereka berdua hanya menganggukkan kepala tanda membalas sapaan anggota polis berkenaan. Lantas kedua-duanya menyarungkan sarung tangan. Berkerut kening Bunga Katherine melihat keadaan mayat tersebut. Sepertinya dikerat tanpa belas kasihan. Mayat itu dikerat lapan bahagian. Kejamnya tindakan pembunuh itu. Hyeon Rene membelek-belek mayat berkenaan.
`` Sudah tahu identiti mayat ini?” Bunga Katherine bertanya pada anggota polis yang berada di sebelah Hyeon Rene.
`` Sudah Puan. Dompet mangsa ditemui di dalam seluar mangsa. Datuk Omar. Tuan punya syarikat perumahan terbesar di negara ini. Selain itu, ada nota yang digenggam oleh mangsa dan sekuntum bunga mawar diletakkan di tepi mayat mangsa tadi.”
`` Bunga mawar? Oklah, semua bahan bukti tu nanti serah pada saya. Oh ya, sudah hubungi keluarga mangsa?”
`` Sudah puan. Mereka sedang menunggu di hospital sekarang.”
`` Bagi kami periksa mangsa ini sekejap. Nanti saya panggil kamu untuk uruskan penghantaran mangsa ini ke hospital.” Anggota polis itu mengganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ.
`` Apa agaknya motif pembunuhan ini?” Bunga Katherine bertanya pada Hyeon Rene. Pemuda itu memandang gadis disebelahnya sejenak.
`` Aku rasa mungkin sebab saingan perniagaan. Dia kan bussinessman berjaya. Tentu ramai yang tak puas hati dengan dia.”
`` Takkan sampai sanggup membunuh?”\
`` Kau jangan hairan dengan sikap manusia zaman ini. Apa-apa pun mereka sanggup buat asalkan tercapai hajat mereka. Kepentingan mereka diutamakan. Nyawa dah jadi macam satu benda yang sangat murah. Boleh diambil bila-bila masa saja.” Panjang lebar Hyeon Rene memberikan pendapatnya.
`` Di akhir zaman ni, macam-macam yang terjadi. Dah lah, biar mereka bawa mayat ni ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Nanti kita soal ahli keluarga mangsa. Mana tahu mereka tahu siapa yang boleh disyaki.” Bunga Katherine memanggil beberapa orang anggota polis yang tidak jauh dari situ. Dia mengarahkan agar mayat itu dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
`` Bunga, aku hairanlah tengok kau ni. Kau langsung tak geli bila tengok benda-benda ni semua. Kau langsung tak ada perasaan takut ke?”
`` Kalau aku takut, buat apa aku jadi polis. Dan yang kau pandai sangat tanya aku soalan-soalan macam ni kenapa?”
`` Tak adalah. Aku nak tahu juga kenapa kau boleh tahan dengan semua ni. Selalunya perempuan ni cengeng.”
`` Hello... Inspektor Hyeon Rene, kau ingat semua perempuan ke jenis macam tu? Dahlah, malas aku nak bertekak dengan kau. Bukan dapat hasil pun. Jom kita gerak ke hospital. Kita soal siasat family mangsa.” Langkah Bunga Katherine diikut dari belakang.
`` Macam mana Amal? Ada apa-apa petunjuk ke untuk kes ini?” tanya Bunga Katherine apabila mereka menyelit masuk ke dalam van polis itu.
`` Tak ada Puan. Semua saksi kejadian hanyalah melihat mayat itu pagi tadi. Mereka tak pernah lihat mangsa datang ke sini sebelum ini.” Bunga Katherine termenung sejenak.
`` Kau fikirkan apa?” tanya Hyeon Rene.
`` Pelik. Macam ada something yang tak kena. Tak apa, kita gerak ke hospital dulu. Cari seberapa banyak maklumat tentang kes ini. Esok kita akan discuss kes ini.” Sahut Bunga Katherine seraya memberi arahan kepada anak buahnya. Kedua-dua detektif itu menganggukkan kepala untuk kesekian kalinya. Van polis itu terus dipandu ke destinasi yang seterusnya. Hospital Kuala Lumpur ( HKL ).
*************************************
No comments:
Post a Comment